01 December 2020

PUTERI SARAH SAMBUT HARI LAHIR: "JAUHKAN PERKARA TAK ELOK... GANGGUAN JIN & SYAITAN"



"Doakan kesejahteraan keluarga Sarah, bahagia dunia akhirat dan rumahtangga saya berkekalan hingga ke jannah. Semoga tahun 2021 Sarah dan keluarga bertambah baik dan dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak elok... mohon dijauhkan dari gangguan jin dan syaitan. Amin!

"Selamat ulang tahun buat diri ini yang selalu berjuang tak kenal lelah, berharap semoga Allah selalu permudahkan segala urusanku. Sarah tak minta banyak cuma nak minta semua tolong doakan tahun 2021 Sarah lebih baik dari 2020 ni," demikianlah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana.

Sempena ulang tahun kelahiran ke-35, Sarah menerusi laman Instagram telah memohon orang ramai dan peminat mendoakan supaya rumah tangganya bersama pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof berkekalan hingga ke akhir hayat.

Dalam entri yang sama, Puteri Sarah turut berharap agar ikatan perkahwinannya itu dilindungi oleh Allah dan dijauhkan daripada sebarang gangguan dan anasir jahat.

Klik untuk gambar besar



Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik video meraikan ulang tahun kelahirannya bersama dua anak iaitu Syaikhul Islam dan Summayah serta keluarganya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Syamsul tidak kelihatan dalam video tersebut.

Pada September lalu, kisah rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana didakwa sedang bergolak mendapat perhatian netizen.

Sebelum ini, Syamsul, 36, mengakui bahtera rumah tangga yang dibina berhadapan masalah dan mereka dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak sepatutnya.

Namun, Syamsul atau nama penuhnya Mohd Syamsul Mohd Yusof menegaskan kehadiran Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu bukan untuk bercerai. Pengarah filem 'Munafik' ini juga tanpa berselindung mengakui sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya.



"Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak bercerai. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

"Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap... dia seorang isteri yang baik.

"Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyakit... saya jadi gila dengan kerja saya," ujarnya sebelum ini.

Untuk makluman, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Summayah yang kini berusia setahun.





















www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Puteri Sarah Liyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: