01 December 2020

SHEILA MAJID: "SAYA HANYA KELUARKAN KENYATAAN SELESAI SIASATAN SELESAI"



Semua sedia maklum mengenai Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez serta 114 orang ahli Recording Performers Malaysia (RPM) yang mendesak supaya Datuk Sheila Majid meletak jawatan sebagai pengerusi RPM.

Ditanya berhubung perkara tersebut, Sheila memberitahu akan hanya memberi kenyataan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Kontroversi ini timbul sejak seminggu yang lalu apabila Sheila didesak meletakkan jawatan pengerusi RPM kerana didakwa gagal menyelesaikan isu agihan royalti kepada ahli-ahlinya.

Menurut Sheila yang mula mengetuai RPM sejak 2012, beliau lebih selesa mengambil sikap berdiam diri kerana tidak mahu mengganggu siasatan SPRM sejak beberapa hari lalu.

Klik untuk gambar besar



"Saya hanya keluarkan kenyataan selepas siasatan selesai. Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segala maklumat serta dokumen berkaitan yang diminta, sudah diserahkan.

"Jika ada perkara berbangkit yang menuntut penjelasan lanjut, mereka akan menghubungi saya. Sekarang, saya hanya menunggu tindakan lanjut mereka (SPRM). Hanya selepas siasatan selesai, barulah saya bersedia mengulas segala kemelut yang berlaku," katanya.

Baru-baru ini, industri seni kecoh apabila Presiden Karyawan itu mendakwa Sheila gagal dalam menjalankan tugas dalam mengagihkan royalti ahli RPM.


Kemelut itu semakin memuncak apabila SPRM campur tangan dengan menyiasat empat badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd, Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan RPM.

Operasi dibuat berdasarkan laporan dikemukakan Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, semalam, Freddie berkata dia akan menggunakan saluran tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya Sheila enggan melepaskan jawatannya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: