10 December 2020

DR SHEIKH MUSZAPHAR MAHU 6 ANAKNYA IKUT JEJAK DIA & ISTERI SEBAGAI DOKTOR



"Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai doktor. Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia," demikianlah tulis angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang mempunyai impian untuk melihat semua anak-anaknya mengikut jejak langkahnya dan isteri, Dr Halina menjadi seorang doktor.

Menurut Dr Muszaphar yang aru sahaja menimang cahaya mata kembar sepasang dan kini mempunyai enam orang anak, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia perubatan pada usia muda seperti yang pernah dilakukan oleh arwah bapanya.

Dr Muszaphar turut memuat naik foto anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor. Menerusi entri itu, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi seorang doktor.

"Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak umur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskp, mikroskop, buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap saya pada diri 'saya mahu jadi doktor' sebanyak 10 kali sehari. Malah, turut ada poster di dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Dr Muszaphar berkongsikan dia sudah mula berjinak-jinak melakukan pemdedahan ke atas haiwan pada usia muda serta bangga kerana berjaya mencapai impian menjadi doktor.

"Pertama kali bedah katak pada sia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga berjaya capai impian itu. Bapa saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya 'What the Mind believes, the Body can Achieve'. Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula," katanya.

Untuk makluman, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sheikh Muszaphar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: