10 December 2020

"TAK LA GARANG SANGAT..." - ISTERI DEDAH ALI PUTEH SEORANG SUAMI YANG BERPRINSIP



Umum mengetahui mengenai kisah pelawak Ali Puteh yang sebelum hangat diperkatakan. Melihatkan cara penulisan Ali membalas komen netizen di media sosial, pasti ramai dalam kalangan netizen menyangkakan bahawa pelawak itu sebagai seorang yang garang dan bersikap tegas.

Apatah lagi, adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu tidak hanya akan berdiam diri jika ada netizen yang melemparkan kata-kata negatif kepadanya.

Namun demikian, menurut isteri kepada pelawak penuh sensasi itu iaitu Melati Fitri, beliau mendedahkan suaminya tidak terlalu garang tetapi sebenarnya seorang lelaki yang berprinsip.

Katanya, suaminya seorang individu yang tidak mudah putus asa dalam mengejar apa yang diinginkan. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Melati dalam sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya tempoh hari.

Klik untuk gambar besar



"Awak rasa dia macam mana?? Ramai yang kata dia garang tapi tak la garang sangat sebenarnya. Dia ngorat time sekolah dulu. Dia punya prinsip selagi dia tak dapat selagi tu lah dia try," jawabnya.

Melati mendedahkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya yang ingin mengetahui perangai sebnar Ali dan caranya memikat isteri masa awal perkenalan.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka meninggal dunia akibat kompilasi jantung.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ali Puteh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: