10 December 2020

NORANIZA IDRIS: "WALAUPUN KECAMAN MEREKA INI SANGAT 'PEDAS', SAYA MASIH BERSYUKUR..."



"Saya sedar, saya bukan peserta kegemaran dalam GV7. Saya tahu, ada satu kumpulan dari satu 'kawasan' ini yang sering meghentam saya di media sosial. Bila saya di tangga teratas pun, mereka hentam. Bila saya di tangga tercorot pun mereka akan hentam juga.

"Yang menulis kecaman pun, orang yang sama saja. Jadi, tak payah layan sebab saya pun tahu mereka sukakan artis tertentu sahaja. Walaupun kecaman dan kritikan mereka ini sangat 'pedas', saya masih bersyukur kerana sedikit sebanyak, persembahan saya dapat membuka mata mereka.

"Secara tidak langsung, matlamat saya untuk menaikkan semula muzik Irama Malaysia mula menunjukkan tanda positif apabila ramai yang suka bila saya menyanyikan lagu berentak sebegitu," tutur peserta penyanyi Noraniza Idris.

Tahun 2020 tentunya menjadi tahun yang mencabar buat keseluruhan penggiat seni. Di saat ramai yang berdepan pandemik Covid-19, berbeza pula ujian dan dugaan buat Noraniza Idris.

Klik untuk gambar besar



Mendapat jolokan Ratu Etnik Kreatif bukan satu tanggungjawab mudah buatnya, lebih-lebih lagi tatkala melangkah sebagai peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Bagi Noraniza, dia tahu dan sedar bahawa dirinya bukan peserta kegemaran netizen memandangkan setiap minggu, sentiasa berdepan pelbagai kritikan 'pedas' di media sosial.

Menurutnya, dia mengabaikan sahaja kata-kata kecaman netizen itu kerana sudah sedia maklum hala tuju mereka dalam menulis komen. Mengulas lagi mengenai kritikan, penyanyi lagu Dikir Puteri itu bagaimanapun melihat apa yang dilaluinya dari perspektif positif.



Menyentuh mengenai persembahannya di pentas akhir GV7 yang berlangsung Ahad ini, Noraniza tidak sabar untuk mempersembahkan lagu Empat Dara versi duet bersama penyanyi jemputan yang juga juara GV4, Aishah.

"Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Aishah dalam satu lagu dan apa yang boleh saya katakan, dia sangat komited. Satu lagi yang membuatkan saya teruja adalah untuk mempersembahkan lagu itu dengan cara dan versi kami," jelasnya.

Menurutnya, apabila lagu Empat Dara itu kembali tular baru-baru ini, timbul beberapa isu daripada penggiat seni tradisional yang menganggap bahawa cara persembahan lagu tular itu seperti tidak menghormati karya tradisional.


"Waktu lagu itu kembali tular baru-baru ini, ada penggiat seni tradisional yang meluahkan rasa kekecewaan serta terkilan kerana ia nampak seperti diperlekehkan.

"Seperti yang semua sedia maklum, lagu berentak tradisional jarang sekali mendapat tempat di radio dan TV. Tapi, apabila mendapat liputan dan perhatian, ia seolah-olah dijadikan bahan ketawa," ujarnya.

Namun, Noraniza tidak menganggap bahawa apa yang tular itu sebagai sesuatu yang bersifat negatif: "Jadi, untuk persembahan lagu itu di pentas akhir pada Ahad ini, saya akan cuba seimbangkan supaya tidak ada mana-mana pihak terasa hati," katanya.

Selain 'Empat Dara', Noraniza juga akan tampil mempersembahkan lagu berjudul 'Hutang' yang dipopularkan Floor 88 dan satu lagi 'battle' yang masih dirahsiakan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Noraniza Idris

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: