07 December 2020

MASUK WAD - WANI COMEL KENA JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU



"Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hospital. Wani mengadu sakit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk. Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital.

"Saya teman Wani sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani. Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

"Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan," jelas wakil kepada Wani Comel yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis yang mempunyai masalah obesiti itu kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru.

Difahamkan, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas. Wani dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

Klik untuk gambar besar



Aishah berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

"Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat. Wani pun tidak tahu bila akan keluar dari wad, kami sudah tidak boleh bertemu dengan dia, atas nasihat doktor," katanya.

Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik. Wani mendakwa berasa tertipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: