23 January 2021

"DOAKAN CIK B & KACAK JADI ANAK YANG HEBAT DUNIA AKHIRAT" - DATUK SERI VIDA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida telah memuat naik gambar anak-anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dan Muhammad Eric Zaquan atau Kacak sedang mengaji Al-Quran bersama seorang ustaz.

"SALAM JUMAATT.. DOAKAN CIK B @cikb_havoc66 @kacak_._ Jadi anak yg HEBAT dunia Akhirat..," tulis Vida.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memuji cara penyanyi lagu 'I Am Me' itu mendidik anak-anaknya. Malah ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi Vida.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Vida atau nama sebenarnya Dato' Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman berkahwin dengan Mohd Amin tahu pada 2000 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikrie, Nur Edlynn Zamilleen dan Muhammad Eric Zaquan.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie,10, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2013. Vida sah bercerai dengan Mohd Amin pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Datuk Seri Vida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: