10 January 2021

IMAN TROYE DIDAKWA LANGGAR SOP DI LANGKAWI - PEMINAT BERSELFIE TANPA PELITUP MUKA



Penyanyi muda yang sedang meningkat naik iaitu Iman Troye baru-baru ini telah membuat persembahan di Langkawi. Bagaimanapun, Iman didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan ia menjadi tular di media sosial.

Melihat pada gambar dan video yang tular, penyanyi lagu 'Teman' ini dilihat dihampiri peminatnya di pulau peranginan itu ketika sedang menghiburkan tetamu yang hadir. Peminat wanita mendampingi Imn dan berselfie tanpa memakai pelitup muka.

Tindakan tersebut mencetuskan kebimbangan khalayak kerana bukan sahaja perbuatan tersebut melanggar SOP, tetapi lokais terbabit juga antara dentinasi 'panas' penularan virus Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Bagi mendapat kepastian, pihak pengurusan Iman, XO House ketika dihubungi menegaskan majlis yang dihadiri Iman pada ketika itu mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan. Bagaimanapun, pada ketika situasi (bergambar dengan peminat) itu hanya berlaku beberapa saat dan berada dalam keadaan terkawal.

Klik untuk gambar besar



"Acara itu memang ikut SOP sepanjang berlangsung. Namun tidak dinafikan ada beberapa ketika, peminat yang datang mengambil gambar dan membuka pelitup muka," jelas wakil pengurusan Iman, Adib.

Tambah Adib lagi, demi menjaga SOP dan mengelakkan keadaan tidak terkawal tanpa diduga, Iman kemudian kembali naik ke pentas: "Sejurus perkara itu berlaku, Iman terus naik ke pentas. Tidak ada kontrak rapat dengan mereka (peminat)," katanya.

Sementara itu, pengurusan Iman dan penganjur acara tersebut menegaskan mereka masih mematuhi SOP dan berterima kasih kepada orang ramai yang peka dengan situasi berkenaan. Dalam masa sama, mereka meminta agar tidak memperbesarkan isu tersebut. Menerusi tinjauan, video terbabit juga telah dipadamkan dari akaun Instagram Iman.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Iman Troye

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: