23 February 2021

"AKU YANG BELA BUKAN KAU" - ALICIA AMIN MUAK 'DITARBIAH' ISU ANJING



"I'm so tired of all these stupid comments regarding my dogs. They're the goodest dogs who do nothing wrong and I know 'ada je melayu yang ada anjing kenapa kena post'. Excuse you suka hati la. Tak suka tak payah bela anjing. Aku yang bela bukan kau.

"Also if you're Malay and love dogs and you takut nak tolong anjing or takut wanna walk your dog because there are malays around please take care of the dog. Jaga hati orang yang suka cakap buruk tak guna.

"Baik jaga your dog that will love you and protect you. K dah. Geram," kata pelakon dan juga model, Alicia Amin yang mengakui berasa agak kecewa dengan sikap segelintir pihak yang suka melontarkan komen negatif terhadap individu yang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Klik untuk gambar besar



Alicia yang kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya seorang doktor iaitu Farzan pada tanggal 14 Februari lalu, menyuarakan pandangannya itu menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di ruangan Instagram stories.

Dalam entri tersebut, pelakon drama 'Alamatnya Cinta' itu memberitahu, orang luar tidak berhak untuk mempertikai keputusannya untuk membela anjing dan sekiranya mereka tidak berasa selesa, mereka tidak perlu melihatnya.

Katanya lagi, adalah lebih untuk kita sentiasa berbuat baik terhadap binatang berkenaan daripada terus memikirkan mengenai tanggapan negatif segelintir pihak terhadap diri mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Alicia Amin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: