23 February 2021

TERIMA GAMBAR 'SIPUT SEDUT' - FATIN AFEEFA LAPOR POLIS



Menerusi laman Instagram, pelakon Fatin baru-baru ini dilihat ada memuat naik foto OOTD hitam putih sambil memakai topeng muka. Namun begitu, Fatin telah menerima komen berunsur 'lucah'.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu nampaknya tidak berdiam diri apabila menerusi ruangan komen, memaklumkan dia akan mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang melakukan serangan seksual terhadapnya dengan menghantar gambar tidak senonoh iaitu 'siput sedut' menerusi DM kepadanya.

Dalam pada itu, komen Fatin itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju dengan teguran lantang dilakukan serta berharap tiada lagi lelaki miang menghantar gambar bukan-bukan kepada pelakon itu.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Fatin Afeefa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: