08 February 2021

SUMBANGAN TMJ RM200,000 - USTAZ EBIT LEW BELI 500 TABLET UNTUK PELAJAR



"Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan wang sumbangan beli 500 tablet untuk 500 pelajar bagi mengikuti kelas online. Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga menjadi asbab kebaikan," demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit baru-baru ini telah menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dalam pertemuan itu, baginda berkenan menghadiahkan RM200,000 bagi misi bantuan yang dijalankan oleh Ebit Lew.

Menerusi muat naik terbaru di laman Instagrm, sumbangan RM200,000 itu telah digunakan oleh Ustaz Ebit untuk membeli sebanyak 500 unit gajet iaitu tablet dan akan diagihkan kepada pelajar memerlukan bagi menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Dalam entri yang sama, Ustaz Ebit turut mengucapkan terima kasih kepada TMJ.

Terdahulu, dalam pertemuan itu TMJ menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ebit dalam menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara termasuk Johor. Menurut Tunku Ismail, Ustaz Ebit sering menolong rakyat, terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan dan melakukan usaha-usaha kebajikan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: