23 March 2021

ADA SAKSI NAMPAK BELEK SAMPING - NEELOFA & PU RIZ BAKAL NIKAH MINGGU INI?



Jika minggu lepas iaitu 19 Mac lalu, Noor Nabila selamat mendirikan rumah tangga dengan ahli perniargaan Engku Emran, terkini adiknya, selebriti terkenal Noor Neelofa pula dikhabarkan bakal bernikah dengan pendakwah bebas dan pelakon, PU Riz minggu ini.

Spekulasi dan khabar angin ini menjadi perbualan hangat netizen di Twitter selepas seorang pengguna memuat naik video Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, berada di sebuah kedai pakaian membelek samping songket. Bagaimanapun video itu telah dipadam selepas beberapa jam dikongsi di laman tersebut.

Lebih menguatkan spekulasi apabila seorang lagi pengguna Twitter mendakwa sebagai peniaga pakaian mendedahkan ada seorang pelanggannya mahu membeli baju untuk menghadiri majlis pernikahan Neelofa.

"Ada pelanggan beli baju untuk hadir wedding Neelofa. Dia kata buat private dan semua pakai muslimah labuh dan longgar. Tak lama dah nak jadi bini orang Lofa, Alhamdulillah," dakwa pemilik akaun @_rainnordin.

Klik untuk gambar besar



Antara tarikh yang diperkatakan oleh netizen adalah Jumaat ini, namun sehingga kini masih belum ada pengesahan daripada kedua-duanya. Hasil carian mendapati tanda pagar #NLFH digunakan oleh peminat bagi tujuan mengirimkan ucapan tahniah dan mendoakan hubungan pasangan ini.

Lebih menguatkan spekulasi bahawa Neelofa sedang dalam persiapan menjelang hari bahagian apabila satu majlis berkaitan perniagaannya yang sepatutnya berlangsung pada pagi Selasa ditangguhkan pada saat akhir.

Terdahulu, Neelofa atau penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.


Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta antara Neelofa dan Riz mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: