"Setakat ini dia sangat happy. Saya rasa dia happy lebih kepada sebab dia dapat adik. Sebab dia memang nak adik. Dia sayang sangat dengan Jayden.
"Saya selalu nasihatkan dia untuk jadi kakak yang baik kerana selama ini, untuk 11 tahun dia sorang. Saya faham sebab saya pun sorang juga. Mula-mula mungkin kekok sikit. Sebab dia memang nak jadi kakak.
"Dibibirnya selalu bercerita mengenai kebijaksanaan Jayden. Dia kata Jayden seorang yang sangat bijak. Lagi bijak berbanding umurnya. Dia memang sayang sangat dengan adik dia," kata penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira mengenai anak tunggalnya, Engku Aleesya.
Jelas Erra, anak perempuannya itu kini menerima kehadiran ibu tiri baru, Noor Nabila selepas bapanya, Engku Emran Engku Zainal Abidin berkahwin dengan kakak kepada selebriti Noor Neelofa.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menyifatkan Aleesya berasa sangat gembira lebih-lebih untuk menjadi kakak kepada anak Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Erra mendedahkan dia hanya mengetahui mengenai hubungan diantara bekas suaminya bersama Noor Nabila daripada anaknya sendiri.
Erra berkata, pada ketika itu, dia sendiri tidak tahu sejauh mana mengenai perhubungan mereka malah, bintang ini juga mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah jika Engku Emran mahu berkawan dengan sesiapa pun.
"Saya rasa sebagai seorang ibu, saya ada diberi tahu oleh anak saya. Setakat itu sahaja yang saya tahu. Ketika itu saya pun tidak tahu sejauh mana hubungan mereka. Saya okay sahaja dia nak berkawan dengan siapa.
"Sebagai ibu, saya hanya mahu anak saya untuk berbaik dengan semua orang terutamanya kepada pasangan bapanya. Bila dah jadi ibu lagilah kena buat baik," jelasnya.
Ditanya sama ada Aleesya akan menerima sekiranya Erra ingin berumah tangga, Erra memberitahu, anaknya pernah melarang: "Dia pernah melarang saya berkahwin, tapi saya harap dia bergurau saja," ujarnya.
Berhubung perkahwinan bekas suaminya, Erra berkata, itu adalah kehidupan peribadi Emran. Ditanya bila gilirannya untuk naik pelamin, Erra menyerahkan semuanya kepada takdir.
"Itu adalah hidupnya dan saya tak mahu bercakap apa-apa. Yang pasti, saya yakin Aleesya akan disayangi oleh keluarga ibu tirinya kerana dia akan dikelilingi wanita-wanita cantik dalam keluarga itu.
"Saya masih lagi menunggu dan melihat. Semuanya saya serahkan kepada jodoh. Kalau ada, akan ada. Setakat ini, saya masih sendiri dan tidak ada sebarang ikatan dengan sesiapa," katanya.
Erra sebelum ini dikatakan menjalin hubungan cinta dengan penyanyi, Shahir Zawawi, namun, ia dikatakan sudah putus: "Sekarang dah tak ada apa-apa. Cuma masih lagi berhubung, tapi setakat itu saja," jelasnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Harian Metro & Instagram Erra Fazira
________________________
No comments:
Post a Comment