23 March 2021

APRIL INI - ZAHIRAH & AIMAN PULANG KE MALAYSIA, TAK SABAR BERLAKON KEMBALI



Setelah hampir lima bulan menetap di Perth, pelakon Zahirah Macwilson memberithu dia dan suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza serta anak mereka, Isaac Raees bakal pulang ke Malaysia dijangka pada bulan April ini.

Sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke tanah air, Zahirah berkata kini sudah tiba masanya untuk dia dan Hakim kembali beraksi di pentas lakonan dan bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun, Zahirah tidak lagi menetapkan tarikh yang sebenarnya untuk dia dan keluarga kecilnya pulang ke Malaysia namun yang pasti, dalam bulan hadapan.

"Buat masa ini kami belum menetapkan tarikh lagi bila hendak pulang ke Malaysia tapi apa yang saya boleh katakan tidak lama lagi. Ia dalam bulan hadapan. Aiman pun dah rindu nak kerja balik dan dia bakal memulakan penggambaran selepas Hari Raya ini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Namun begitu, ujar Zahirah, dia mungkin akan mengambil masa sekurang-kurangnya dalam dua atau tiga bulan untuk bersedia dari fizikal dan mental sebelum mula bekerja seperti biasa.

Perkembangan lain, Zahirah mengakui berasa agak terkilan kerana tidak dapat mempromosikan filem terbarunya, 'Bulan & Pria Terhebat' itu secara fizikal namun giat memberikan publisiti untuk filem Bulan & Pria Terhebat menerusi media sosial miliknya.

Dia juga dalam pada itu bersyukur kerana menerima banyak komen serta respon yang positif mengenai filem tersebut berikutan ramai peminat yang tampil memberi sokongan padu dan menontonnya di panggung rumah masing-masing menerusi saluran Astro First sejak ianya ditayangkan pada 11 Mac yang lalu.











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zahirah Macwilson & Isaac Raees

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: