26 March 2021

MILA MENGIGIL LIHAT IG NONNY: "LULUH HATI... JANGAN SIA-SIAKAN HIDAYAH ALLAH"



Hangat diperkatakan ketika kini mengenai penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah apabila perkongsian foto di Instagram miliknya mengejutkan ramai.

Dalam posting terbaru tersebut, ia memaparkan seorang wanita memakai baju putih dan mengenakan stokin jarang. Namun tidak dapat dipastikan apakah itu benar Nonny kerana wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.

Foto berkenaan turut mengejutkan rakan baiknya, penyanyi Mila Jirin yang memaklumkan dia terus menghubungi Nonny untuk mendapatkan kepastian.

Klik untuk gambar besar



Sedih dengan tindakan sahabat baiknya itu, Mila berharap Nonny tidak mensia-siakan hidayah Allah, serta terkenang kembali kenangan mereka ketika mengejarkan Umrah pada 2019.

"Semalam aku menggigil lihat IG mu. Ku call mu, Alhamdulillah dapat bercakap dengan mu sekejap, ku sangat sedih non. Sedih kenapa ku tak boleh ada tepi mu untuk dengar semua keluh kesah mu.

"Non, ku mohon jangan buat perkara perkara yang bercanggah dari perintah Allah.. Non ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah..Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu non!" tulisnya.



Dalam pada itu, Mila berkata dia menyedari mengenai perubahan rakannya itu selepas menerima mesej daripada rakannya. Ujarnya, pada mulanya dia menganggap akaun Nonny digodam namun tanggapannya salah. Akui sedih, namun Mila berharap rakannya akan terus berubah menjadi lebih baik.

"Non semalam, ku 100% percaya itu bukan mu! Ku cakap pada diri ku IG mu kena hack ni tapi non luluh hati ku Non. Sedih sangat sedih. Ku rasa macam nak ke Sabah semalam jugak jumpa mu teman dengar apa masalah mu sebab ku tau, mu sangat baik! anak yang baik!

"Non ku tau mu pasti baca posting ku ini. Non ingat REZEKI MILIK ALLAH. usaha ikhtiar lah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan. Allah sedang uji mu wahai sahabat! sebab Allah sayang, plese kuat non!! jangan terpedaya dengan syaitan," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar, Cari Forum & Instagram Nonny Nadirah & Mila Jirin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: