Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel yang kini sudah selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan mereka dilakukan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan amat mementingkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.
Dalam majlis itu, Syamel memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak Ernie. Manakala pada upacara membatalkan air sembahyang, Syamel memberikan seutas gelang tangan kepada isterinya dan wang hantaran dirahsiakan.
Terdahulu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly, 28 dan Ernie atau Nur Ernie Shahirah binti Zakri, 29, telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu dan sepakat untuk melangsungkan pernikahan selepas AJL35 berlangsung.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Ernie Zakri & Syamel
________________________
No comments:
Post a Comment