23 March 2021

"SAYA BEKERJA... BUKAN HOLIDAY" - ALICIA AMIN JAWAB PERTANYAAN TUJUANNYA PERGI SABAH



"Ramai yang tanya macam mana saya boleh ke Sabah. Saya datang dengan permit bekerja kerana saya sedang bekerja. Saya mengikuti semua SOP dan menyediakan segala dokumen yang diperlukan.

"Jadi, berhentilah tanya apa alasan yang saya guna untuk melancong. Saya ada sebab yang sah dan mendapat keizinan daripada pihak berkuasa.

"Bukan holiday untuk suka-suka ketika tengah-tengah pandemik yer," demikian perjelasan model dan pelakon Alicia Amin yang tampil menjawab persoalan netizen mengenai tindakannya ke Sabah baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Kata Alicia, tujuannya ke Negeri di Bawah Bayu itu semata-mata untuk tujuan penggambaran dan mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, Alicia berangkat ke Sabah untuk menjalani penggambaran pada hujung minggu lalu dan kini telah kembali ke ibu kota. Dalam perkembangan terkini, Alicia bakal tampil menerusi filem 'Salina' yang akan mula ditayangkan pada 25 Mac ini.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alicia Amin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: