23 March 2021

HANTAR ANAK BERKHATAN BERSAMA - NETIZEN PUJI EIZLAN YUSOF & BEKAS ISTERI



"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar," tutur pelakon Eizlan Yusof dimana dia baru-baru ini bersama bekas isterinya, Vie Shantie menghantar anak bujang mereka, Zareef Yusof berkhatan.

Sikap terbuka Eizlan dan Vie yang masih akrab biarpun sudah bercerai dan memiliki pasangan masing-masing itu telah dipuji netizen. Mereka memuji Eizlan dan Vie Shantie yang hadir bersama suaminya, Datuk Seri Rahman Dahlan untuk melihat proses tersebut sebagai tindakan yang baik.

Malah ada yang mengatakan sebagai pasangan yang lama bercerai dan mempunyai pasangan masing-masing, mereka tetap berjiwa besar demi kebahagiaan seorang anak. Tidak hanya itu, wajah kacak Zareef juga telah mencuri perhatiab warga maya.

Eizlan yang telah bernikah dengan Natasha Rosa Boudville pada tahun 2019 itu dilihat memimpin erat tangn anak lelakinya selain menemani Zareef semasa proses berkhatan yang dilaksanakan di sebuah klinik.

Klik untuk gambar besar



Menerusi beberapa keping foto dan video yang dimuat naik di akaun sosial, Eizlan turut kelihatan berbual mesra dengan bekas isterinya dan suami, Rahman Dahlan. Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada Vie Shantie di atas usaha yang dilakukannya sepanjang anak hasil perkongsian hidup mereka melalui proses berkatan.

"Terima kasih Mummy Vie Shantie untuk video yng penuh memori dan indah ini. Terima kasih juga kepada Papa Rahman Dahlan kerana sokongan anda," tulisnya bersama septong video perjalanan berkhatan Zareef beberapa hari lalu.

Manakala akaun Instagram Vie Shantie, beliau meluahkan rasa syukur kerana proses berkhatan satu-satunya anak lelaki yang dimiliki berjalan lancar.



"Saya berdoa nak SEORANG sahaja anak lelaki dan Alhamdulillah Allah SWT MAKBULKAN. Bukan saya menolak rezeki, tapi saya tahu bukan senang tanggungjawab sebagai anak lelaki. Mereka harus dididik dengan akhlak yang baik dan mereka punyai nilai tanggunjawab yang melebihi anak perempuan dari pelabagi segi.

"Bukan sahaja harus bertanggungjawab, tapi mereka juga adalh perintis generasi dan kehidupan bagi sebuah keluarga, masyarakat, negara dan juga agama. Semoga Allah SWT kurniakan kita dengan anak-anak lelaki yang baik, taat pada ibu bapa dan tinggi imannya kepada Allah SWT, Ishaa Allah," tulis Vie Shantie.

Untuk makluman, Eizlan dan Vie Shantie bernikah pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata dengan dua daripadanya adalah perempuan. Mereka bagaimanapun bercerai pada tahun 2015.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Eizlan Yusof & Vie Shantie

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: