06 April 2021

AISHA BARU 8 BULAN - KECOMELANNYA BUAT PEMINAT MINTA FASHA BERANAK LAGI



Pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz sering memuat naik foto serta video perkembangan anak mereka, Aisha Amaira menerusi laman Instagram masing-masing. Perkongsian tersebut telah mencuri tumpuan pengikut mereka.

Kecomelan, keletah dan gelagat bayi berusia lapan bulan ini menjadi perhatian peminat hinggakan ada yang meminta Fasha melahirkan lebih ramai lagi anak-anak yang comel.

"Fasha tolong beranak lagi... baby comel sungguh," tulis peminat tersebut.

Klik untuk gambar besar



Menjawab komen seorang pengikut di Instagram miliknya, Fasha, 37, berkata dia masih belum terfikir untuk menambah cahaya mata dalam masa terdekat.

Namun, pelakon filem 'Anak Mami Kembali' ini tidak menolak jika dikurniakan rezeki itu dalam tempoh masa dua atau tiga tahun lagi.



"Alamak! InsyaAllah tapi belum (masa) lagi la sis... Aisha masih kecil. Kasihan dia. InsyaAllah lagi dua, tiga tahun," kata Fasha atau nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan.

Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil Aziz, 33, pada Mac 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buatnya. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira dilahirkan pada 7 Ogos tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: