06 April 2021

ALHAMDULILLAH - ISTERI OPICK SAH HAMIL SETELAH 3 TAHUN KAHWIN



"Masya Allah Thabarrakallah Semoga Allah memberikan kesihatan buat kami berdua. Aku dan bayi di dalam rahimku," kata isteri penyanyi lagu dakwah berasal dari Indonesia, Opick iaitu Bebi Silvana yang berkongsi berita gembira ini menerusi Instagram peribadinya.

Tiga tahun hidup berumah tangga, pasangan suami isteri menerima khabar gembira apabila Bebi disahkan mengandung. Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus berkahwin dengan Bebi Silvana pada 17 Disember 2018.

Tidak ketinggalan, isteri Opick juga memanjatkan doa kepada Allah agar diberikan keselamatan dan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan.

"Ya Allah jauhkan kami dari pelbagai hal buruk dan merahmati serta terus berikan kurnia kepada kami. Kesihatan, keselamatan dan keberkatannya. Aamiin, terima kasih Allah," tuturnya lagi.

Dia juga melahirkan keyakinan bahawa doa-doanya akan sentiasa dikabulkan selama dia berada pada jalan yang diredai Allah: "Allah akan menolong siapa yang bergerak di jalan Allah," ujarnya.

Berita gembira ini ternyata disambut positif oleh warganet yang turut sama mendoakan kesihatan Bebi. Mereka turut ceria dengan kehamilan isteri Opick yang terkenal dengan lagu genre dakwah ini.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: