Selebriti terkenal Noor Neelofa baru-baru ini telah tampil membuka mulut dengan memberikan kenyataan rasmi berkaitan isu rentas negeri ke Langkawi bersama suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail pada minggu lepas.
Dalam kenyataan tersebut, Neelofa meminta ruang daripada orang ramai supaya dapat menyelesaikan sendiri hal tersebut dengan pihak berkuasa. Malah pelakon, pengacara dan usahawan itu turut juga menjelaskan tidak semua maklumat perlu dikongsikan kepada umum.
Bagaimanapun, sebahagian daripada kenyataan Neelofa itu menimbulkan rasa kurang senang netizen memandangkan ayatnya yang kelihatan 'angkuh'.
Selepas sahaja kenyataan ini tersebar di serata media sosial, nama 'Neelofa' turut menjadi kata kunci trending di laman Twitter. Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen yang menyelar kata-kata bekas pengacara program MeleTop itu selain ada yang menyatakan bakal memboikot produk keluarannya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & Murai
________________________

No comments:
Post a Comment