06 April 2021

USIA LANJUT BUKAN PENGHALANG ZIELA JALIL TIMANG ANAK JIKA ADA REZEKI



Bakal genap usia 51 tahun November ini, pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata menerusi perkahwinannya dengan Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar, 55.

Usia lanjut bukan penghalang, Ziela berkata, beliau bersikap terbuka dan menyerahkan perkara ini kepada ketentuan Allah.

"Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik. Saya serahkan semuanya kepada Allah kerana semua atas kehendak-Nya. InsyaAllah, saya menerima baik setiap yang berlaku. Doakan yang baik-baik," tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini hangat diperkatakan apabila beliau dikatakan merahsiakan perkahwinannya yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu daripada umum, bagaimanapun Ziela kini bersyukur rumah tangganya berada dalam keadaan harmoni.

Ia mula tular apabila salah seorang anak suaminya membuat hantaran di media sosial berkenaan Ziela adalah isteri kedua. Isu ini bagaimanapun akhirnya reda, apabila Ziela memberitahu tindakannya kerana mahu menjaga hati banyak pihak, selain menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkannya.



"Alhamdulillah selepas 11 tahun, Allah yang mengaturkan. Jadi saya yakin aturan Allah itu sesuatu yang sangat-sangat baik kerana dia lebih tahu. Dan syukur, yang penting adalah keluarga saya kerana anak-anak menerimanya dengan baik.

"Jadi, kita jalankan kehidupan dengan baik. InsyaAllah. Isu kecaman juga sudah tiada, berbanding ketika awal pengumuman dibuat. Allhamdulillah, tiada lagi komen-komen kurang baik," katanya.

Ujar Ziela atau nama sebenarnya Norzila Abdul Jalil, meskipun ada yang masih meninggalkan komen kecaman, namun ianya tidak memberi apa-apa kesan terhadapnya.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: