06 April 2021

NADIA BRIAN BERSYUKUR 'BEBAS' SETELAH SEKIAN LAMA GANTUNG TANPA TALI



Pelakon Nadia Brian yang sebelum ini mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan suaminya, Mu'izz Nasruddin, Sabtu lalu itu meluahkan rasa syukur apabila dia akhirnya bebas setelah sekian lama gantung tanpa tali.

Nadia yang berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram itu turut bersyukur semuanya sudah pun berakhir dengan baik.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur setelah beberapa lama gantung tanpa tali akhirnya saya sudah bercerai. Terima kasih Allah, keluarga, rakan-rakan serta semua yang mendoakan semuanya berakhir dengan baik," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nadia berharap orang ramai tidak lagi mengaitkan dirinya dengan pihak bekas suaminya kerana masing-masing sudah meneruskan kehidupan masing-masing.

"Saya harap semua pihak jangan kaitkan saya dan keluarga saya dengan pihak sana. Sekarang masing-masing boleh teruskan kehidupan dengan lebih aman," katanya.

Pada 14 Disember lalu, Muizz dilaporkan sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia. Terdahulu, pergolakan rumah tangga pelakon itu hangat diperkatakan selepas Muizz membuat pendedahan mengejutkan mendakwa isterinya berlaku curang dengan dua lelaki.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: