07 April 2021

AJAI TEGUR CARI KERJA LAIN KALAU DAH TAK BOLEH MENYANYI



"Tu yang tak seronok... sebab pada saya dia menipu. Kamu sampaikan suara yang tak sampai. Ia mendatangkan mudarat sebab apabila penyanyi tu buat persembahan secara langsung, dia akan kecundang di atas pentas.

"Dia tak akan kekal lama dalam industri," itulah kata-kata komposer dan pemuzik terkenal, Ajai yang berpendapat penyanyi yang tidak boleh menyanyi secara langsung atau terpaksa menggunakan bantuan autotune untuk memerdukan suara boleh dianggap penipu.

Malah, Ajai berkata dia juga enggan melihat industri seni tanah air dipenuhi dengan artis tangkap muat sahja. Katanya lagi, biarlah mereka yang benar-benar berbakat sahaja kekal dalam industri.

Dalam pada itu, Ajai memberitahu jika dia ditawarkan hingga jutaan ringgit sekalipun dia tetap akan menolak sekiranya didapati seseorang itu memang tidak boleh menyanyi.

"Pada saya, bidang nyanyian adalah sebuah kerjaya. Memang banyak bakat baru hantar demo mereka pada saya, tapi jika tak boleh menyanyi, saya akan beritahu supaya dia jangan buang masa.

"Orang nak bagi duit sejuta ringgit pun kalau tak boleh menyanyi, saya suruh dia cari saja kerjaya lain jika memang tak boleh menyanyi," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: MalaysiaKini

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: