07 April 2021

"SAYA TERASA DIRI DAH TUA... BERUBAH LEBIH MATANG, KUMPUL BANYAK PAHALA" - ALIFF SYUKRI



Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri baru-bru ini telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Aliff menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa syukur dengan limpahan rezeki yang dikurniakan pada dirinya dan keluarga.

Dalam entri tersebut, Aliff turut memberitahu yang dia menginginkan kekayaan bukan semata di dunia tetapi berkekalan hingga ke syurga. Dalam masa sama, penyanyi lagu 'Bobo Di Mana' itu nekad untuk mengubah diri menjadi insan yang lebih matang.

"Suprise.. Birthday Untuk Saya Yang Ke-34. Tahun ini adalah tahun yang paling bermakna buat saya apabila birthday kali ini saya terasa diri dah tua. Maklumlah orang tersayang Abah saya tak ada lagi di sisi, kulit muka pula dh berkedut dan anak semakin membesar. Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berubah menjadi lebih matang lagi.

"Syukur Alhamdulilah kehidupan saya kali ini lebih baik dari sebelum ini. Apa yang saya harapkan bukan kekayaan dunia tetapi kekayaan yang berkekalan sehingga ke syurga. Saya nak kumpul banyak pahala, saya nak berkumpul dengan anak saya, nak berkumpul family saya dan itu lah kebahagian yang kekal abadi.

Klik untuk gambar besar



"Terima Kasih kepada yang wish birthday saya..Saya baca setiap komen anda saya. Terima kasih yang mendoakan kebahagian saya dan kebaikan kepada saya. Amin Amin Ya Rabaalamin. Doakan saya boleh melakukan kebaikan dengan lebih banyak lagi untuk orang di luar sana tq @kakijalan.hq dan @sunwaylagoonmalaysia," kata Aliff.

Melihat pada rakaman video yang dimuat naik, Aliff membawa seluruh tenaga kerja syarikatnya seramai 100 orang beribadah di sebuah taman hiburan, Sunway Lagoon pada Sabtu lalu. Turut bersama adalah isterinya, Datin Seri Nur Shahida serta anak-anak mereka.

Untuk makluman, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah Al Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Pasangan ini juga turut mempunyai seorang anak angkat bernama Ameena.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aliff Syukri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: