"Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal. Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!
"Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung. Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular" demikianlah teguran penyanyi Datuk Hattan menerusi laman Instagram miliknya.
Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan tentang Instafamous dan selebriti yang tidak bertanggungjawab selepas mendapat kebenaran merentas negeri.
Klik untuk gambar besar
Perkara itu turut mendapat perhatian Hattan yang menegur golongan berkenaan yang gemar menunjuk-nunjuk pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum. Hattan turut menegaskan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu mungkin ramai yang tidak dapat pulang ke kampung sempena hari raya nanti.
Difahamkan, Hattan mengulas mengenai satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan di pintu sebuah balai polis yang tular baru-baru ini.
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Datuk Hattan
________________________
No comments:
Post a Comment