07 April 2021

AL-FATIHAH - 'MAKCIK PETIR', NORYATI TAIB KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 1.45 pagi tadi, pelakon Noryati Taib yang terkenal dengan panggilan 'Makcik Petir' telah menghembuskan nafas terakhir di usia 63 tahun.

Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh anaknya, Faizul Hafiz Hashim menerusi Facebook pagi tadi. Anak saudaranya, yang juga pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsikan di laman Instagram.

"Dukacita dimaklumkan Mama saya meninggal dunia pada jam 1.45 pagi sebentar tadi. Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," tulis Faizul.

"Innallilahiwainailaihirojiun. Assalamualaikum gais. Dukacita abam nak bagitahu semua mak saudara abam Mak Uda Yati aka Makcik Petir atau nama sebenarnya Noryati Taib baru sahaja sebentar tadi menghembuskan nafas terakhirnya jam 2 pagi tadi.

Klik untuk gambar besar



"Bagi semua para peminat Mak Uda Yati marilah kita sama sama doakan agar roh beliau dirahmati Allah dihimpunkan beliau di kalangan mereka yg solehin.

"Sudi apalah kira dapat hadiahkan Alfatihah untuk Noryati Taib. Dan semoga Allah memberikan kekuatan pada semua ahli keluarga besar kami dalam berdepan dengan dugaan ini. Alfatihah," tulis Shahrulezad pula.

Terdahulu, Allahyarham disahkan positif COVID-19, pada 3 Februari 2021. Perkara itu dimaklumkan Shahrulezad menerusi entri yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, selepas hampir dua minggu dirawat, Allahyarham disahkan pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Shahrulezad Mohameddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: