25 April 2021

AKTIVIS FAHMI REZA DIREMAN SEHARI, SUSULAN #DENGKIKE BERTUJUAN HINA PERMAISURI AGONG



Aktivis terkenal, Fahmi Reza telah direman sehari bagi membantu siasatan, susulan mengenai penahanannya yang didakwa telah menghina Raja Permaisuri Agong.

Perkara tersebut disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed: "Fahmi direman satu hari pada Sabtu untuk siasatan polis," katanya kepada sebuah media seperti dilaporkan pada semalam.

Jumaat lalu, Huzir memaklumkan Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin telah ditahan di sebuah lokasi di ibu negara dan difahamkan sebanyak 7 orang anggota dikerahkan untuk menahan aktivis tersebut.

Klik untuk gambar besar



Penahanan itu dilaksanakan selepas satu laporan polis telah diterima oleh pihak berkuasa di mana satu hantaran menggunakan akaun Facebook dan Twitter Fahmi Reza yang didakwa telah menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hantaran tersebut mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta tanda pagar #Dengkike. Siasatan telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: