29 April 2021

AL-FATIHAH - ABANG SULUNG ALYAH DIJEMPUT ILAHI



"Assalammualaikum semua. Abang sulung saya Mohammad Fadzil Abu Hassan sudah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi. Semoga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin, amin Ya Rabb," demikian tulis penyanyi Datin Alyah, 41, yang berkongsi berita sedih dimana beliau telah kehilangan abang sulungnya, Mohammad Fadzil Abu Hassan yang meninggal dunia, pagi tadi.

Dalam perkongsian ringkas di Instagram itu, Alyah mendoakan semoga roh abangnya di cucuri rahmat dan ditempatkan pada kalangan orang-orang yang beriman.

Perkongsian Alyah dengan latar foto berwarna hitam itu menjelaskan dia dan keluarga kini dalam kesedihan akibat kehilangan insan tersayang pada 17 Ramadan yang juga sempena Nuzul al-Quran.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan takziah kepada Alyah. Kami berharap Alyah sekeluarga semoga tabah dan sabar berhadapan ujian besar di bulan yang mulia ini.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Instagram Alyah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: