16 April 2021

ALEESYA TERUJA SUDAH BOLEH MILIKI IC - ERRA DIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH



"Aleesya kini meningkat remaja dan pendekatan kita harus berbeza. Saya akui tiada pengalaman sebelum ini. Saya tengok proses pembesaran Aleesya, tengok cara dia berfikir serta pergaulannya dengan kawan-kawan dan apa yang dia minat.

"Semuanya sudah berubah. Jadi masa ini adalah masa mendidik. Kita berbalik kepada sunnah Rasulullah di mana usia tujuh tahun ke atas adalah masa untuk kita mendidik dia.

"Selepas itu kita mendekati dia sebagai kawan," kata penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira, 47, yang cuba mengamalkan pendekatan Rasulullah S.A.W dalam mendidik anak tunggalnya, Engku Aleesya.

Klik untuk gambar besar



Pada 30 Mac lalu, Aleesya atau nama penuhnya Engku Aleesya Engku Emran telah genap usia 12 tahun. Dek kerana itu, Aleesya teruja apabila sudah boleh memiliki kad pengenalan. Erra berkata, buat masa ini dia belum membawanya ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk proses itu.

"Terpulanglah sama ada bapa dia akan bawa atau saya. Mengenali Aleesya, dia tak kisah siapa pun yang akan uruskan. Kalau saya lapang saya buat. Begitu juga jika bapanya lapang, dia akan buat. Dia sangat fleksibel dalam perkara ini dan amat memahami," tuturnya.

Bagaimanapun, buat masa ini Erra tidak akan membenarkan Aleesya menyimpan sendiri kad pengenalan itu nanti, sebaliknya dia akan diberi salinannya saja atau faktor keselamatan.



"Aleesya teruja, tapi saya sebagai ibu tak bagi dia pegang kad pengenalan sebenar. Nanti dululah, saya akan bagi salinan kad pengenalan sahaja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mengambil kesempatan berehat daripada sebarang aktiviti seni sepanjang Ramadan.

"Sepanjang Ramadan, 80 peratus kerja saya kurangkan kecuali mana-mana yang tak dapat dielakkan, saya buatlah. Tiap-tiap tahun memang saya buat begitu iaitu kurangkan aktiviti," jelasnya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Erra Fazira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: