16 April 2021

DAH 9 TAHUN USIA ANAK SULUNG - MAWI BERSERAH JIKA ADA REZEKI CAHAYA MATA KEDUA



Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau selesa disapa Mawi memberitahu yang dia bersama isterinya, Ekin Rahmat masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata kedua, setelah hampir 13 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Menurut penyanyi berusia 39 tahun ini, dia dan isteri tidak merancang dan berserah kepada Yang Maha Esa mengenai perihal zuriat. Dalam pada itu, Mawi mengharapkan agar peminat sentiasa untuk mendoakan agar dirinya dan isteri dikurniakan cahaya mata lagi.

Meski masih belum dikurniakan cahaya mata kedua, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini tetap meluahkan rasa syukur dan gembira kerana mahligai cinta bersama isteri kekal bahagia.

"Anak saya yang pertama dah umur 9 tahun dan sejujurnya saya ada berbincang dengan isteri saya untuk tambah anak, tapi itu semua rezeki daripada Allah jadi berserah sahaja kalau ada rezeki, InsyaAllah.

Klik untuk gambar besar



"Tapi kami gembira dengan hidup kami sekarang ini. Alhamdulillah walaupun seorang anak kami boleh beri tumpuan yang lebih kepada antara satu sama lain.

"Kalau tengok umur sekarang saya rasa dah tak boleh nak merancang ni sebabnya kita ni makin lama makin tua. Kalau ada rezeki, ada lah buat masa sekarang ni masih belum ada lagi," katanya.

Untuk makluman, Mawi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada 28 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Cahaya Malaikha.



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Mawi & Ekin Rahmat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: