16 April 2021

"SAYA BERHAK BAHAGIA... BERHENTILAH BERPURA-PURA JADI MANGSA" - SUAMI SERINA



"Saya kenal Serina sekitar setahun lalu. Saya berhak untuk bahagia dan ada masa depan yang lebih baik dan bersyukur kerana sudah keluar dari hidupnya dan bekas keluarga mentua yang sering mempergunakan saya untuk kepentingan perniagaan kolej mereka.

"Jadi berhentilah berpura pura jadi mangsa. Tak perlulah sampai tahap nak buka cerita lama dan mencari perhatian media. Hentikan segala tohmahan dan hormati kerjaya saya sebagai polis," kata suami kepada pelakon Serina Redzuawan, Meor Muhammad Aidid Meor Jamaluddin.

Sejak minggu lalu, hangat diperkatakan mengenai penikahan anak kepda cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan dengan seorang pegawai polis berpangkat inspektor itu.

Dalam pada itu, Aidid meminta bekas isterinya, Nur Hamizah Shaffee berhenti menyalahkan Serina. Aidid berkata dia berhak untuk bahagia dan meluahkan rasa syukur sudah bebas daripada bekas isterinya.

Klik untuk gambar besar



Menafikan Serina punca keretakan rumah tangganya dengan Nur Hamizah Shaffee, Aidid berkata hubungannya bekas isteri sudah lama bermaslah dan hambar.

"Serina bukan punca keruntuhan rumah tangga kami kerana terus terang, hati saya ini sudah lama tertutup buatnya (Hamizah). Satu fakta yang saya tak boleh nafikan, sewaktu bernikah dengan Serina, Hamizah masih lagi isteri saya. Namun tidak timbul soal bermadu kerana kami bercerai secara sah pada 9 Mac lalu," ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Serina mengumumkan perkahwinannya menerusi Instagram. Bagaimanapun, bapanya Chef Wan berkata pernikahan anaknya itu langsung tidak diketahuinya dan mendakwa Serina berkahwin di Thailand.



www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: