04 April 2021

ALHAMDULILLAH - UQASHA SENROSE SELAMAT DIRISIK KAMAL ADLI



Hari ini, pelakon Uqasha Senrose telah pun selamat dirisik oleh kekasihnya, pelakon Kamal Adli, 35, pada majlis merisik yang diadakan di sebuah hotel terkemuka.

Adik kepada Uqasha yang juga pelakon, Raysha Rizrose, 25, ketika dihubungi mengakui sebak dan dalam masa sama gembira apabila kakaknya bakal melangkah ke alam perkahwinan. Raysha berkata, kegembiran pada wajah Uqasha jelas terpancar sejak menjalin hubungan dengan Kamal.

"Kamal bersama ibu bapa dan keluarganya baru datang merisik. Belum bertunang lagi. Sebagai adik, Alhamdulillah, satu langkah sudah selesai. Sebelum ini hanya persiapan saja, apabila sudah merisik dan bakal ke fasa seterusnya, sudah tentu membuatkan saya sebak dan dalam masa sama gembira.

Klik untuk gambar besar



"Harapnya semua yang dirancang berjalan lancar. Mereka buat banyak majlis nanti, jadi kami siap sedia lah akan sibuk. Sebelum ini kakak melalui banyak dugaan bercinta. Apabila dia sudah jumpa jodoh sebenar, saya gembira tengok dia.

"Malah, memang jelas kelihatan wajah kegembiraan kakak apabila dengan Kamal. Dia juga sudah bersedia untuk menjadi isteri dan melayari bahtera perkahwinan," katanya.

Terdahulu, Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha sewaktu tampil berpasangan menjadi penyampai pada Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) pada Disember tahun lalu.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Raysha Rizrose & Nelydia Senrose

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: