05 April 2021

'BUDI KALSOM' - NAMA ANAK KEDUA NAD ZAINAL



"Semoga sentiasa indah pekerti, baik kejadiannya, lembut perwatakannya. Budi Kalsom nama diberi.. Selamat hadir dalam hidup kami," demikianlah tulis pelakon Nad Zainal yang mengumumkan dia dan suaminya, Muhammad Faliq Amirullah sepakat memberi nama 'Budi Kalsom' untuk anak keduanya mereka yang dilahirkan 30 Mac lalu.

Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Nad turut berkongsikan nama anak perempuannya itu membawa maksud indah pekerti, baik kejadiannya dan lembut perwatakannya.

Perkongsian Nad Zainal itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang mengucapkan tahniah di atas kelahiran anak kedua serta memuji keindahan nama anaknya itu yang disifatkan klasik.

Untuk makluman, Nad Zainal mendirikan rumah tangga bersama hati, Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nad Zainal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: