05 April 2021

BILA NADZMI ADHWA BERI KEJUTAN HARI LAHIR AWAL, HADIAHKAN ISTERI ALPHARD



"First time berjaya suprise kan dia. Alhamdulillah. Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya," itulah kata-kata pelakon Nadzmi Adhwa yang teruja apabila baru-baru ini telah menyambut ulang tahun kelahiran isteri tercintanya, Ardell Aryana 10 hari lebih awal dengan menghadiahkan kereta Toyota Alphard berwarna hitam.

Nadzmi berkata, dia memberikan hadiah tersebut bagi menggantikan Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.

Dalam pada itu, Nadzmi berkata dia sengaja membuat kejutan lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell. Nadzmi telah berkongsi momen tersebut dengan video di laman Instagra. Melihat pada video itu, Ardell yang kelihatan terkejut mengalirkan air mata sebaik melihat Alphard yang dihadiahkan suami.

Klik untuk gambar besar



"TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya,pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya Forever Loving You!

"Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalu nya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang," tulisnya lagi.

Perkongsian Nadzmi ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi rasa gembira serta mendoakan semoga keluarga ini bahagia dan dimurahkan rezeki.









KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan & Instagram Nadzmi Adhwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: