05 April 2021

TAK MAHU SPONSOR PERKAHWINAN KEDUA SERINA - CHEF WAN AKUI SERIK



Cef selebriti terkenal iaitu Chef Wan, 63, menerusi laman Instagram telah memuat naik satu entri dimana dia tidak mahu lagi berhabis duit untuk majlis perkahwinan kali kedua anak sulungnya, Serina Redzuawan yang bakal berlangsung sebelum raya.

Ini kerana akui Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, dia sudah serik apabila menaja 100 peratus perkahwinan pertama Serina terdahulu.

"Suruh bakal suami kamu untuk membayar duit majlis perkahwinan sama seperti apa yang aku buat menaja 100 peratus perkahwinan kau dulu. Dia (pihak lelaki) yang gatal nak kahwin biarlah dia yang bertanggungjawab menanggungnya.

"Sejujurnya saya sudah serik tanggung 100 peratus perkahwinan anak saya termasuk anak lelaki sehingga dua kali. Pada akhirnya kamu lihat apa yang perlu saya tanggung? Cukup-cukuplah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Chef Wan juga enggan untuk mengadakan majlis perkahwinan Serina di rumah. Ujarnya, adalah lebih baik jika adakan di masjid dan jemput keluarga terdekat sahaja.

"Baru minggu lepas Rina (panggilan Serina) beritahu saya nak adakan majlis pernikahan selepas Raya Aidilfitri. Buat secara sederhana di rumah katanya.

"Tapi saya kata insya-Allah, sabar. Tapi dalam hati saya berfikir sudahlan buat di masjid dan jemput siapa yang hendak di jemput dan 'make it official' (nikah) sudah.



"Tak perlu nak menyemakkan rumah papa dengan buat majlis perkahwinan sebab papa dan nenek perlukan ketenangan. Papa juga ada tiga perniagaan yang hendak diuruskan. Waktu Covid-19 bukan boleh jemput ramai-ramai," ujarnya.

Chef Wan turut memberi cadangan supaya Serina tidak membazir dan menggunakan wang tersebut untuk memberi sedekah kepada anak-anak yatim kerana apa lebih penting menghalalkan hubungan.

"Rezeki lebih pergi beri makan anak-anak yatim lagi baik dan tentu saham akhirat itu ada daripada belanja majlis perkahwinan mahal-mahal. Membazir.



"Sudah terkena sekali cukuplah. Habis duit papa tak pasal-pasal, kerja setengah mati hari-hari. Yang penting nikah, halalkan yang haram sudahlah.

"Kahwin kali pertama okeylah, ini dah dua kali. Anak lelaki saya (Muhammad Nazri) esok nak kahwin kali ketiga (akan datang). Naik bulu roma ingatkan duit kita nak habis!" tuturnya.

Terdahulu, Chef Wan mendedahkan Serina Serina memberitahu sudah bertemu calon yang tepat dan meminta izin untuk berkahwin sebelum raya tahun ini.

Menurut Chef Wan, dia bukan mahu menghalang anaknya berkahwin dengan penjawat awam berusia 35 tahun itu, namun trauma dengan kegagalan perkahwinan pertama Serina bersama suami terdahulu, Gavin Edward OLuanaigh apabila berakhir dengan perceraian.




www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Chef Wan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: