04 April 2021

"JANGAN SALAHKAN MAMA ATAS TERSINGKIRNYA ABC" - CIK B RAYU NETIZEN HENTI KECAM IBU



"Jangan kecam mama saya... Sebab mama saya kepala dia itu perniagaan, kerjayanya buka dalam bidang lawak. Jadi agak sukar bagi dia melawak. Kita melawak atas pentas ini bukan macam kita melawak dekat Insta Story atau Instagram.

"Jadi untuk semua netizen... Please... Please jangan salahkan mama saya atas tersingkirnya ABC. Itu dah tertulis setakat itu rezeki kita. Saya percaya rezeki ada di mana-mana untuk kami kumpulan ABC.

"Mama gementar dan mama juga tak sihat. Jadi saya minta tolong sangat-sangat dengan netizen jangan... janganlah kecam mama," demikianlah Cik B yang tampil merayu supaya netizen berhenti menyalahkan ibunya, usahawan kosmetik Datuk Seri Vida atas kekalahan kumpulan ABC di pentas separuh akhir Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang berlangsung pada Jumaat.

Klik untuk gambar besar



Sebagai seorang anak, sudah pasti Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 16, terkesan dengan kecaman yang dilontar netizen terhadap ibunya. Menurut Cik B, bidang seni bukanlah lapangan kerjaya buat ibunya yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sebelum ini, Vida menerusi laman Instagram miliknya telah tampil memohon maaf secara terbuka kepada anak perempuannya dan semua anggota kumpulan ABC. Kata Vida lagi, dia berasa bersalah dan kesal kerana penyingkiran berlaku seolah-olah berpunca daripada dirinya.

Jumaat lalu, kumpulan ABC diumum tersingkir di pentas separuh akhir MLS2 dan Vida dijadikan sasaran warganet sebagai punca kegagalan mara ke pentas akhir. Malah, juri tetap MLS2 iaitu Datuk Awie juga turut memberikan komen pedas kepada Vida selepas persembahan selesai.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: