04 April 2021

DUA INSAN, SINGLE TERBARU IJAM MAJID SELEPAS 'PERMAINANMU' MELETOP DI INDONESIA



Selepas kejayaan single PERMAINANMU tahun lepas yang mendapat sambutan di radio Indonesia dan Malaysia, terkini Ijam Majid melancarkan pula single terbarunya 'DUA INSAN' di bawah label Fusion Records.

Malah muzik video single tersebut juga telah dilancarkan sekaligus menterjemah kisah di sebalik lagu itu mengenai kekasih yang curang bercinta secara sembunyi dengan rakan karibnya sendiri.

Meskipun bermula sebagai pelakon pada 2007, namun Ijam mula memberi tumpuan dalam bidang nyanyian sejak 5 tahun lalu di mana single pertamanya PEJUANG CINTA turut mendapat sambutan hangat pendengar.

Selanjutnya, single kedua PERMAINAMU juga tanpa diduga mendapat sambutan menggalakkan dibeberapa negara jiran.

Klik untuk gambar besar



"Saya akan terus berfikiran positif untuk terus menyanyi. Tetapi sehingga pandemik ini selesai, saya akan terus berharap agar dapat kembali membuat persembahan secara langsung di masa akan datang.

"Dua Insan adalah sebuah hadiah yang istimewa buat semua peminat setia dan saya berharap lagu tersebut dapat mengulangi kejayaan single kedua, malah lebih disukai oleh pendengar," ujarnya.

Untuk info, lagu Dua Insan kini boleh di dengar di semua digital platform seperti Spotity, Joox, KKbox, Deezer, YouTube dan juga di iTunes.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: