Anak sulung kepada penerbit dan pelakon Datuk A Aida iaitu Wan Az Aleesa, 25, baru-baru ini telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dek kejayaan anak perempuannya, A Aida telah memberikan hadiah nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dianggarkan bernilai RM44,444, selepas berjaya membida semalam.
"Saya sudah tunggu nombor itu sejak tiga bulan lalu dan memang sudah niat untuk hadiahkan kepada Aleesa selepas konvokesyen tempoh hari. Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya.
Klik untuk gambar besar
"Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk. Alhamdulillah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja," katanya.
Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 51, berkata, dia 'pejam mata' dengan jumlah bidaan itu kerana baginya nilai dan kasih sayang itu penting.
"Walaupun jumlah besar, tapi saya puas hati. Bagi saya ini memberikan nilai dan kenangan tersendiri di mana akan kekal sampai bila-bila.
"Dalam masa sama, saya hadiahkan nombor ini kerana Aleesa bersetuju untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selepas ini. Kalau ikutkan dia nak terus bekerja, tapi selepas dipujuk dia okay," ujarnya.
Aida memberitahu dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak perempuannya itu perlu menjadi doktor. Tambah A Aida lagi, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.
"Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri. Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia.
"Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran," tuturnya.
Manakala anak kedua Aida iaitu Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiganya pula, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.
Untuk makluman, Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi Ameng Spring, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram A. Aida
________________________
No comments:
Post a Comment