09 April 2021

"SEBENARNYA SAYA TAK KUAT" - LINDA ONN JELAS KENAPA 3 MINGGU BARU MAKLUM IBU MENINGGAL



"Saya tak kuat sebenarnya. Ramai orang tanya saya kenapa tak bagi tahu yang ibu saya meninggal. Kenapa lepas tiga minggu baru nak cakap di Facebook dan Instagram? Saya sebenarnya tak kuat. Masa hari yang saya nak bagi tahu di Facebook dan Instagram pun saya tak kuat. Ketika itu saya tak boleh terima lagi yang ibu dah pergi.

"Saya tahu itu semua kehendak Tuhan tapi diri ini hanya manusia biasa. Saya asyik bertanya kenapa. Selepas tiga minggu baru saya ada kekuatan walaupun hanya sedikit. Ibu adalah jiwa saya. Ditambah pula dia duduk dengan saya. Dialah teman baik, tukang komen dan macam-macam lagi saya buat dengan dia.

"Setiap hari saya ada dengan dia siang dan malam. Bila saya kehilangan dia, saya sangat terkejut. Untuk menghilangkan rasa sedih, saya banyak berdoa untuk dia," tutur pengacara dan penyampai radio, Linda Onn yang mengakui dirinya masih memerlukan lebih banyak ruang dan waktu untuk kembali menemui kekuatannya selepas pemergian Allahyarham ibunya, Sa’diah Khamis pada tanggal 9 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar



Menurut Linda, meskipun dia akur dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, namun, sebagai manusia biasa, dia tidak boleh lari daripada perasan sedih. Jelas ibu kepada seorang anak itu lagi, pada mulanya dia hanya menganggap ibunya itu hanya mengalami sakit biasa namun, segalanya berubah setelah ibunya menjalani pembedahan di perut.

"Pada mulanya saya ingatkan dia sakit perut sahaja, dan bila pergi ke doktor keadaan kesihatannya semua okay. Cuma ada sedikit masalah di bahagian perut dan hempedu. Bila dah buat pembedahan. Komplikasi lain pula yang datang. Selepas dua minggu, Allah tarik nyawa dia.



"Kalau ibu dah sakit lama mungkin saya bersedia. Sangat mudah untuk ibu pergi. Dia tak menderita cuma beberapa minggu sahaja dia tahan sakit. Tapi yang agak menderita ketika ialah kita yang tinggal ni. Tak tahu bila boleh hilang kesedihan," luahnya lagi.

Dalam pada itu, bekas penyampai radio Kool FM ini turut meluahkan rasa lega kerana sempat memenuhi segala permintaan ibu disepanjang hayatnya.

"Saya tidak terkilan apa-apa kerana semua yang ibu nak, saya dapat tunaikan. Masa dia sakit pun, dia dapat apa yang dia minta. Cuma hati saya rasa sedikit berat sebab saya dah rancang semuanya untuk dia balik. Dia pun minta saya masak makanan sihat je lepas ni. Tapi dia tak balik dan dia hanya balik sebagai jenazah," akhirinya.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Linda Onn

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: