09 April 2021

"INSTAFAMOUS ALU-ALUKAN... TAKKAN BALIK-BALIK REMY ISHAK, ZUL ARIFFIN ATAU SHUKRI YAHAYA" - ERMA FATIMA



"Saya tiada masalah untuk golongan Instafamous atau mana-mana artis BBNU (budak baru nak up) nak jadi pelakon, saya mengalu-alukan kedatangan mereka tapi ia perlulah datang dengan niat yang betul.

"Janganlah pula kau baharu berlakon tapi dah ada cerita buruk skandal sana, sini atau ada gambar bogel... itu merosakkan nama industri. Tapi kalau niat dia betul-betul untuk cari rezeki, saya okey sahaja.

"Industri ini come and go, kau bersedialah untuk dipuja dan kau pun kenalah bersedia untuk dihina dan dilupakan. Industri kita ini kekurangan pelakon dan yang marah-marah tu pun tahu mengenai perkara ini.

Klik untuk gambar besar



"Takkan balik-balik nak guna Remy Ishak, Zul Ariffin atau Shukri Yahaya sahaja... nanti orang akan kata, asyik muka pelakon yang sama," ujar pengarah dan pelakon Erma Fatima.

Ketika ramai artis veteran merungut, Erma pula tampil menyambut baik golongan Instafamous yang kini dilihat semakin ramai mewarnai industri seni lakon tempatan.


Menurut Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad, 53, dia melihat perkara itu sebagai satu perkembangan yang baik namun golongan tersebut perlu hadir dengan niat yang betul sekiranya ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mereka.

Selain itu, Erma turut menyatakan pendapatnya bahawa golongan pelakon senior seharusnya menerima hakikat bahawa setiap pelakon ada 'tempoh luput' dan seharusnya berlapang dada dengan kehadiran pelapis baharu.

Sebelum ini, beberapa pelakon senior meluahkan perasaan kesal mereka dengan sikap segelintir selebriti junior yang dilihat seolah-olah tidak serius untuk menceburi bidang lakonan. Mereka yang bersuara termasuklah Rusdi Ramli, Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Erma Fatima

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: