09 April 2021

NADIA BRIAN MINTA BEKAS SUAMI PADAM GAMBAR BERSAMA, PULANGKAN 19 KOTAK



"Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi.

"Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial," demikian kata Nadia Brian.

Pelakon itu meminta semua pihak tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami, Muizz Nasruddin dalam apa saja artikel mahupun siaran.

Dalam masa sama, Nadia juga meminta supaya Muizz memadam semua gambarnya yang ada dalam simpanan termasuklah di mana-mana platform media sosial. Menurut pelakon filem 'Ratu Kala Jengking' ini, selain gambar ada beberapa barangnya yang masih disimpan Muizz.

Klik untuk gambar besar



"Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya. Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan," ujarnya.

Sementara itu, berhubung kritikan netizen kerana kerap berada di luar walaupun baru seminggu bercerai, Nadia menegaskan bahawa dia keluar untuk bekerja dan mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama ibu serta neneknya.

"Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kritik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya," jelasnya.



Nadia juga turut meluahkan rasa bersyukur apabila perkahwinan dengan Muizz yang dibina selama enam bulan iaitu 9 November 2019 itu akhirnya menemui titik noktah setelah sekian lama berdepan episod hitam.

"Saya bersyukur kerana episod hitam sudah berakhir. Walaupun hanya bertahan selama enam bulan, proses perceraian saja memakan masa hampir setahun," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Nadia kini sedang menjalani penggambaran filem komedi berjudul 'Rumah Maduku Berhantu' bersama Zizan Razak dan Rita Rudaini.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Nadia Brian & Muizz Nasruddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: