07 April 2021

"BARU TAHU PREGNANT... TAPI TAK ADA REZEKI ANAK KETIGA" - SYATILLA MELVIN KEGUGURAN



Isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu pelakon dan usahawan Syatilla Melvin telah berkongsi berita sedih dimana dia mendedahkan baharu sahaja mengalami keguguran ketika kandungannya berusia dua bulan.

Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, dia dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik pada Selasa.

"Sebenarnya saya baru tahu pregnant... tapi tak ada rezeki untuk anak ketiga. Ikutkan kandungan saya sudah mencecah lapan minggu tapi semalam, doktor sahkan yang kandungan saya terbantut... tak berkembang.

Klik untuk gambar besar



"Sepatutnya semalam saya buat pemeriksaan untuk degupan jantung tapi tak ada dan doktor pun kata saiz tak membesar mengikut perkembangan kandungan," katanya.

Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran Dewi Remaja 2009/2010 ini turut mengakui dirinya berasa agak sedih memandangkan dia dan suami sudah pun bersedia untuk menimang anak ketiga namun menganggap ia bukan rezekinya lagi.

Malah, Syatilla yang juga usahawan berjaya mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.



"Memang la sedih sebab saya pun dah bersedia untuk anak ketiga... tapi saya reda, tak ada rezeki untuk saya dan Sam. Bila doktor beritahu semalam, Sam terdiam sekejap. Tapi dia terima dengan hati terbuka. Syeriv pun dah teruja dan selalu cium perut saya.

"Sebenarnya, ini merupakan kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum Syeriv dan kedua... sebelum Sarima. Buat masa sekarang, saya harap janin akan gugur sendiri... kalau tidak, saya akan lalui proses mencuci rahim," ujarnya.

Untuk makluman, Syatilla mendirikan rumah tangga bersama Sam pada tanggal 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia 3 Tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Syatilla Melvin & Shaheizy Sam

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: