07 April 2021

"BERAPA LAMA MEREKA BERLATIH" - SYAFINAZ BANDINGKAN BBNU MALAYSIA DENGAN KOREA



"Saya sedih apabila kemunculan mereka hanya melihat kepada populariti dan bukan pada bakat seni itu... ramai yang famous dan mampu meraih jumlah tontonan tinggi di laman sosial dengan sekadar menyanyi.

"Banyak syarikat rakaman dan program televisyen tengok berapa juta pengikut, cari penyanyi yang viral. Pihak stesen dan label pula memikirkan tentang perniagaan, mahu buat duit, bila orang minat mereka akan panggil, ekosistem ini takkan berhenti.

"Bukan menidakkan rezeki orang tapi saya rasa mereka perlu ambil peluang ini untuk perbaiki diri. Menyedihkan, dah ada peluang tapi tak nak perbaiki diri, kemahiran menyanyi ini boleh ditingkatkan lagi," itulah kata-kata penyanyi yang juga guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat.

Klik untuk gambar besar



Syafinaz meluahkan rasa kecewa dengan kemunculan ramai pendatang baharu yang hanya bersandarkan pada populariti di media sosial dan bukannya bakat nyanyian.

Bukan menafikan soal rezeki mereka, Syafinaz berkata penyanyi baharu sepatutnya menggunakan peluang yang ada dengan memperbaiki bakat nyanyian supaya mampu menjadi pelapis industri muzik tanah air.

Dalam pada itu, Syafinaz menyarankan penyanyi baharu supaya membuat sedikit pelaburan dengan mengikuti kelas vokal bagi memantapkan lagi bakat nyanyian mereka.


"Katakanlah famous di Instagram, YouTube... duit pun ada masuk, jadi tak salah laburkan sikit untuk tambah ilmu. Saya sendiri keluarkan banyak duit untuk belajar.

"Kalau kita tengok penyanyi Kpop, berapa lama mereka berlatih. Industri mereka ada pakej siap sedia dengan tarian dan nyanyian, ada yang berlatih sejak umur 13 tahun dan apabila umur 18 tahun baru mereka muncul single pertama... mereka serius terhadap karier nyanyian.

"Mungkin saya sedih sebab jiwa saya adalah pendidik... ini hanya pendapat, saya harap tiada yang salah faham, saya cuma mahu mereka semua bergerak ke depan," ujar Syafinaz yang baru sahaja tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Persis Salju' selepas 20 tahun.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: