07 April 2021

BILA WANY HASRITA BAWA LORI GEAR MANUAL



"Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inikan lagi masa depan kita. Undilah saya..," demikianlah seloroh penyanyi Wany Hasrita sebagai kapsyen video dirinya telah cuba membawa sebuah lori.

Dalam video tersebut, Wany dilihat dengan cermat mengemudi kenderaan tersebut sambil melambai-lambai tangannya di luar cermin sisi. Penyanyi lagu 'Belenggu Rindu' itu nampaknya telah mencuri perhatian peminat yang kagum dengan kebolehan Wany membawa lori tersebut dengan baik.

Malah, ada di antara netizen yang tersilap menyangka penyanyi itu dengan ADUN Ketari, Young Syefura Othman di mana wajah mereka saling tidak tumpah dan seiras.

Klik untuk gambar besar



"Perempuan yang bawa manual ni sangat rare ye..nlori pulak..," komen seorang pengguna warga maya.

Sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya di media sosial, video tersebut telah mendapat hampir puluhan ribu tontonan oleh warga Twitter.



www.myartis.com / Sumber & foto: Baeutifulnara & Twitter / Instagram Wany Hasrita

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: