07 April 2021

DITANYA BERKALI-KALI ISU 'CUKUR KENING' - ABBY JELAS TAK LEBAT SEBAB KETURUNAN



"Ramai betul yang komen fasal kening ori tak ori... dah memang gitu keningnya nak buat macam mana? Tinggi memang tinggi, tapi bulunya tak lebat sangat sebab keturunan pun ya... mak kita kan Cina.

"Dah beritahu berkali-kali, kening tu memang gitulah rupanya, tak ada cukur pun. Nak ori macam mana lagi? Spicy (Pedas) sangat ke macam ni?" kata pelakon Abby Abadi menersui laman Instagram yang memberitahu dia masih menerima pertanyaan netizen yang mempersoalkan bentuk keningnya kerana nampak seperti dicukur.

Menjawab dakwaan tersebut, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 43, berkata dia tidak melakukan sebarang perubahan pada wajahnya itu dan bulu kening tersebut nipis disebabkan faktor keturunan.

Klik untuk gambar besar



Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi video wajahnya yang telah dirias termasuklah pada bahagian kening itu: "Semalam masukkan video belum lukis keningkan? Ini yang dah lukis hehe... make up macam ni saja mampu, cantik pun filter ni," ujar Abby itu menerima pelbagai komen positif daripada pengikut dan rakan artis.

Salah seorang rakan baiknya iaitu Azza Elite berkata Abby memiliki bentuk kening yang sama sejak zaman remaja lagi: "Kita rakan sebilik awak daripada zaman remaja. Kening awak memang begitu!" tulisnya pada ruangan komen.

Sejak mula berhijrah pada tahun 2012, isu kening Abby kerap menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen. Malah sebelum ini, Abby pernah menafikan mencukur kening seperti yang didakwa dan memberitahu dia memiliki kening asli yang nipis.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Abby Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: