07 April 2021

MESKIPUN ANAK TAK 'IZIN', ERRA FAZIRA ENGGAN TERUS MENJANDA



"Finish (habis). Sudah lama berakhir. Sekarang ini antara saya dengan dia (Shahir) sudah tidak ada apa-apa hubungan. Cuma masih lagi berhubung, tetapi setakat itu sahaja. Saya masih menunggu dan melihat. Semuanya saya serahkan urusan jodoh kepada Tuhan. Kalau ada, akan ada.

"Setakat ini, saya masih sendiri dan tidak ada sebarang ikatan dengan sesiapa," kata pelakon, penyanyi pengacara Erra Fazira yng tidak berhasrat untuk selamanya bergelar ibu tunggal dan bersedia untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang tepat.

Pernah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga, Erra menerima ketentuan takdir mahligai yang dibina tidak kekal sehingga ke akhir hayat.

Klik untuk gambar besar



Sudah empat tahun bergelar ibu tunggal, Erra mengakui hubungannya dengan penyanyi Shahir yang sebelum ini hangat diperkatakan itu sudah lama berakhir.

Bagaimanapun, Erra berkata dia tidak boleh membuat keputusan sendiri dalam hal perkahwinan kerana perlu mendapat persetujuan anaknya, Engku Aleesya.

"Saya ada tanya Aleesya. Tetapi dia jawab 'tidak payahlah'. Saya harap dia cuma bergurau sahaja kerana saya sendiri pun tidak mahu 'melopong' (bergelar janda) sahaja selama-lamanya. Dia tidak kisah kalau ayahnya berkahwin, asalkan saya tidak. Itu adalah hidupnya dan saya tak mahu bercakap apa-apa," ujarnya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Erra Fazira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: