07 April 2021

BAYI LELAKI DIJANGKA LAHIR AWAL RAMADAN - SITI NURHALIZA BERDEBAR, MOHON DOA



Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal menimang cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki tidak lama lagi apabila beliau dijangka bersalin awal Ramadan ini.

Meskipun bukan pengalaman pertama, namun Siti akui berdebar untuk melalui proses bersalin sekali lagi serta memohon peminat mendoakan segala urusan dipermudahkan.

"Insya-Allah tak lama lagi saya akan bersalin dan berpantang. Doakan semoga proses itu berjalan lancar dalam beberapa hari saja lagi. Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar.

Klik untuk gambar besar



"Lebih lagi, setiap pengalaman tidak sama. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua. Jadi, saya memohon agar mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan," katanya.

Terdahulu, Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya iaitu Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.

Untuk makluman, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Harian Metro & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: