08 April 2021

TABLIGH BAWA PERUBAHAN - NABIL BERSYUKUR DITERIMA BAIK, MOHON DOAKAN ISTERI



"Sebelum ini saya ingat bila begini, klien mungkin kata tidak boleh ada jambang apa semua. Alhamdulillah, ramai yang boleh terima. Kita ini suka sangat buruk sangka dengan Allah.

"Lalu Dia tunjukkan semua elok saja dengan saya, malah layanan mereka lebih baik. Saya betul-betul tak sangka sebenarnya. Apabila begini, saya buat untuk diri saya saja, tak ambil kisah kalau ada orang yang nak terima atau sebaliknya.

"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan," demikian kata pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad yang bersyukur apabila perubahan dirinya yang kini lebih Islamik dan berjambang diterima baik banyak pihak.

Menerusi kebanyakan program hiburan yang dikendalikan, peminat mendakwa Nabil lebih relak ketika mengacara selain kerap menyelitkan kata-kata positif kepada penonton.

Klik untuk gambar besar



Nabil berkata, sebelum ini dia beranggapan ada pihak terutama membabitkan kerjaya dan perniagaannya tidak suka dengan penampilannya itu.

Dalam masa sama, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 38, berkongsi dalam diam ramai rakannya turut menyertai kumpulan tabligh.

"Tak tahu, suatu hari yang biasa saya tiba-tiba nak tahu lebih tentang agama. Kawan-kawan saya rupa-rupanya ada yang menyertai tabligh. Mereka kadang-kadang lepak dengan saya, penampilan pun lebih kurang seperti saya.

"Mereka juga tak tinggal solat dan tahu mengenai cerita agama dan sebagainya. Kemudian saya tanya mereka belajar agama di mana," tuturnya.



Menurut Nabil, apa yang dipelajari ketika menyertai tabligh itu turut dikongsi bersama isteri, Zira Ayub yang kini sudah pun bertudung.

"Bukan setakat kongsi, malah saya turut mendoakan dia. Itulah, bila Allah SWT berkehendak, semua perkara akan jadi. Doakan dia juga agar terus istiqamah (bertudung). Kita ni hari-hari cuba. Cuma kena minta doa daripada semua.

"Nak istiqamah ini susah. Kena minta tolong dengan orang. Kalau diri sendiri kata 'aku dah boleh ni atau dah jadi ni', ia takkan menjadi. Kena minta juga doa ramai barulah jadi, Insya-Allah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nabil bakal muncul menerusi program kerohanian bersama selebriti popular, Noor Neelofa berjudul NTN (Nabil To Neelofa) tidak lama lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: