23 April 2021

BILA NADIA BRIAN MAHU SAMBUNG MASTER PULA



Menerusi muat naik di laman Instagram baru-baru ini, pelakon Nadia Brian yang sebelum ini dihimpit dengan kontroversi mengenai hal rumah tangganya itu telah meluahkan hasrat untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana.

Dalam entri tersebut, Nadia berkongsi foto imbas kembali ketika majlis graduasi diploman dan sarjana muda sewaktu menjalani pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menganggap perkara tersebut sebagai kenangan terindah, Nadia turut bertanyakan peminat adakah patut dia kembali menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya selepas ini.

Klik untuk gambar besar



"A sweet ending, to a new beginning. Kenangan terindah. Okay sekarang rasa nak continue belajar Master pula. On ke tak on? Komen sikit guys! #NadiaBrian #UitmDiHatiku #Diploma #Degree," tulisnya Nadia.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil memuji dan memberi sokongan penuh kepada Nadia mengenai hasratnya itu. "Nadia beauty with brain..," puji seorang pengguna media sosial.

Untuk makluman, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi merupakan graduan Diploma Seni Teater dan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: